Hadis Sahih Bukhari No. 0945 Jilid 2 Topik adalah Puasa 945. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Biasanya apabila ada orang di antara para sahabat Nabi saw. yang puasa, maka apabila tiba waktu berbuka sedangkan ia tidak tidur sebelum berbuka itu, ia tidak makan malamnya dan keesokan hari sampai petang. Dan bahawasanya Qais bin Shirmah Al Anshari puasa. Setelah tiba waktu berbuka, ia pergi kepada isterinya dan bertanya: "Apakah engkau sedia makanan?" Jawab isterinya, "Tidak! Tetapi aku akan mencarikannya untukmu." Hari itu dia bekerja, kerana itu matanya sangat mengantuk (sehingga ia tertidur). Kemudian isterinya datang. Setelah dilihatnya suaminya, ia berkata, "Rugi engkau." Waktu tengah hari ia jatuh pengsan. Maka diceritakannya kejadian itu kepada Nabi saw., lalu turunlah ayat: "Dihalalkan bagi mu pada malam hari bulan puasa, campur dengan isteri mu." (Al Baqarah, 2:187). Mereka sangat girang dengan turunnya ayat itu. Kemudian turun pula ayat: "Makanlah dan minumlah, sehingga nyata bagi mu benang putih dan benang hitam." (Al Baqarah, 2: 187). |