Hadis Sahih Muslim No. 0943 Jilid 2 Topik adalah Zakat 943. Dari Abu Dzar r.a., katanya : "Aku tiba dekat Rasulullah saw. ketika beliau sedang duduk di bawah naungan Kaabah. Ketika beliau melihat ku, beliau bersabda: "Demi Tuhan Kasbah, mereka itu adalah orang-orang yang merugi." Lalu ku dekati beliau seraya aku duduk, dan bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Aku mohon bertanya, siapakah mereka?" Jawab Rasulullah saw., "Mereka adalah orang-orang hartawan. Kecuali mereka (yang menghitung-hitung amal kebaikan mereka dengan) mengatakan: Sebegini, sebegini, sebegini (sambil beliau memberi isyarat ke muka dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri). Tetapi mereka ini hanya sedikit, tidak seorang pun pemilik unta, pemilik sapi, dan pemilik kambing yang tidak mahu membayar zakat ternaknya, melainkan pada hari kiamat kelak haiwan-haiwan ternaknya dalam keadaan sangat besar dan gemuk datang kepadanya menanduk dengan tanduknya dan menginjak-injak orang itu dengan kukunya. Setiap yang terakhir selesai menginjak-injaknya, yang pertama datang pula kembali. Demikianlah seksaan itu berlaku sehingga perkaranya diputuskan." |