Hadis Sahih Muslim No. 0934 Jilid 2 Topik adalah Zakat 934. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menugaskan 'Umar mengumpulkan zakat. Lalu ada yang melaporkan bahawa Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan 'Abbas pakcik Rasulullah saw. sendiri, enggan membayar zakat. Maka bersabda Rasulullah saw., "Ibnu Jamil enggan, kerana dahulu dia orang miskin, kemudian dia diberi Allah kekayaan. Dan tuduhan terhadap Khalid tidak beralasan. Kerana dia telah menyediakan kekayaannya untuk perbekalan dan perlengkapan perang fi sabilillah. Adapun Abbas, zakatnya adalah tanggunganku; demikianlah selanjutnya. Bukankah engkau tahu, hai 'Umar, bahawa pakcik itu adalah belahan bapa kandung sendiri?" |