Hadis Sahih Bukhari No. 0931 Jilid 2 Topik adalah Puasa 931. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan! Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan, dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. " Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapa dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu." |