Hadis Sahih Muslim No. 0922 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 922. Dari Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Muththalib bahawa pada suatu hari dia berkata, "Sukakah kamu ku ceritakan padamu suatu peristiwa mengenai diri ku dan ibu ku ('Aisyah) - kami sangka ibu yang melahirkannya - katanya 'Aisyah r.a. berkata : "Sukakah kamu ku ceritakan kepada mu suatu peristiwa mengenai aku dengan Rasulullah saw"?" Jawab kami, "Tentu, sudah tentu kami suka, ya Ummul Mukminin." Katanya, "Pada suatu malam ketika giliran Rasulullah saw. di rumah ku, setelah beliau menanggalkan pakaiannya, dan meletakkan terompahnya dekat kaki, dan membentangkan pinggir jubahnya di atas kasur,lalu beliau berbaring. Setelah beberapa lama kemudian, dan barangkali beliau menyangka ku sudah tidur, lalu beliau ambil baju dan terompahnya, dibukanya pintu perlahan-lahan dan kemudian ditutupnya kembali perlahan-lahan. Menyaksikan beliau seperti itu, kU kenakan pula baju ku, dan ku tutup kepala ku dengan kain. Kemudian ku ikuti beliau di belakang, hingga sampai ke Baqi'. Sampai di sana beliau berdiri agak lama, kemudian beliau mengangkat kedua tangannya tiga kali, sesudah itu beliau berbalik pulang. Aku pun balik pula (mendahului beliau). Kalau beliau berjalan cepat, aku pun berjalan cepat-cepat. Bila beliau berlari-lari kecil, aku pun demikian pula. Ketika beliau sampai, aku pun sampai lebih dahulu daripada beliau, masuk rumah dan langsung tidur. Setelah itu beliau masuk, dan bertanya. "Kenapa engkau, hai 'Aisyah? Ku dengar nafasmu kembang kempis." Jawab ku, "Tidak apa-napa, ya Rasulullah!" Kata beliau, "Ceritakanlah kepada ku, ataukah Allah yang akan menceritakannya kepada ku!" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Demi bapa dan ibu ku! Lalu ku ceritakan kepada beliau apa yang telah terjadi." Kata beliau, "Kalau begitu, engkaulah kiranya bayangan hitam yang ku lihat di hadapan ku tadi," Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah!" Lalu beliau menolakkan dada ku, sehingga terasa sakit bagi ku. Kemudian beliau berkata, "Apakah engkau masih curiga, Allah dan RasulNya akan berbuat curang terhadapmu?" Jawab ku, "Setiap apa yang dirahsiakan manusia, pasti Allah mengetahuinya juga." (Kemudian Rasulullah menceritakan kenapa beliau sampai keluar).Katanya: "Tadi Jibril datang, tetapi kerana dia melihat ada engkau, dia memanggil ku perlahan-lahan sehingga tidak terdengar olehmu. Aku menjawab panggilannya tanpa terdengar pula olehmu. Dia tidak masuk kerumah kerana engkau telah menanggalkan pakaianmu. Dan aku mengira engkau sudah tidur, kerana itu aku segan membangunkanmu, khuatir engkau akan merasa sepi. Jibril berkata kepada ku, "Allah memerintahkan supaya anda datang ke Baqi', memohonkan ampun bagi para penghuninya." "Lalu apa yang harus ku ucapkan sesampainya aku di sana?" tanya Rasulullah saw. kepada Jibril. Jawab Jibril, "Ucapkanlah: Assalamu 'ala ahlid diyari minal mu'minina wal muslimina, wa yarhamullahul mustaqdimina minna wal musta'khirina, wa inna in-sya Allahu bikum lalahiqun. " |