Hadis Sahih Muslim No. 0921 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 921. Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman r.a., katanya: "Ketika Sa'ad bin Abi Waqqash wafat, 'Aisyah berkata: "Bawalah jenazah itu ke dalam masjid, supaya aku dapat mensolatkannya. Permintaan 'Aisyah itu diengkari banyak orang. Lalu kata 'Aisyah. "Demi Allah, Rasulullah saw. pernah solat jenazah dalam masjid, untuk dua orang putera Baidha', iaitu Suhail dan saudaranya." |