Hadis Sahih Muslim No. 0920 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 920. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Sa'ad bin Abi Waqqash meninggal, para isteri Nabi saw. meminta supaya jenazahnya dibawa ke masjid untuk mereka solatkan. Permintaan itu mereka penuhi, maka dibawalah jenazah itu ke muka kamar mereka untuk mereka solatkan. Kemudian dibawa kembali keluar melalui pintu jenazah yang berhubungan dengan tempat duduk. Tidak berapa lama kemudian sampai kepada mereka bahawa orang banyak mencela perbuatan mereka itu. Kata mereka, "Jenazah tidak boleh dibawa ke masjid." Ucapan orang ramai itu sampai pula kepada 'Aisyah. Kata 'Aisyah, "Alangkah cepatnya orang mencela apa yang tidak mereka ketahui. Mereka mencela kami membawa jenazah ke masjid. Padahal Rasulullah saw. mensolatkan Suhail Ibnu Baidha' di dalam masjid." |