Hadis Sahih Bukhari No. 0915 Jilid 2 Topik adalah Madinah 915. Dari Sufyan bin Abu Zuhair r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Negeri Yaman ditaklukkan. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga dan para pengikut mereka, sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu. Dan negeri Iraq ditaklukkan. Maka datang ke sana suatu kaum menghalau ternak mereka, membawa keluarga serta para pengikut mereka. Sedangkan Madinah lebih baik bagi mereka kalaulah mereka tahu." |