Hadis Sahih Muslim No. 0904 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 904. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada hari kematian Najasyi, Rasulullah saw. bersabda: "Mohonkanlah ampun bagi, saudara mu itu!" Kata Ibnu Syihab, Sa'id bin Musayyab mengkhabarkan kepadanya bahawa Abu Hurairah berkata selanjutnya, "Kemudian beliau menyuruh mereka berbaris di mushalla, lalu beliau solat (ghaib) atasnya dengan empat kali takbir." |