Hadis Sahih Bukhari No. 0903 Jilid 2 Topik adalah Haji 903. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Seorang wanita dari suku Juhainah datang kepada Nabi saw., bertanya: "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji. Tetapi belum sempat ia menunaikannya, ia telah meninggal. Bolehkan saya menunaikannya untuk beliau?" Jawab Nabi saw., "Ya, hajikanlah untuknya! Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu berhutang, adakah engkau membayarnya? Bayarlah hutang kepada Allah, kerana hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar." |