Hadis Sahih Muslim No. 0902 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 902. Dari Abu Qatadah bin Rabi' r.a., dia menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah lewat di hadapan Nabi saw., lalu beliau bersabda: "Senang dan menyenangkan." Para sahabat bertanya, "Apa maksud ucapan anda itu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan bila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang dari kejahatannya." |