Hadis Sahih Muslim No. 0900 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 900. Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya anaknya meninggal di Qudaid atau di 'Usfan. Lalu dia berkata kepada sahayanya, "Hai, Kuraib! Cubalah kamu lihat, sudah banyakkah orang berkumpul untuk mensolatkan jenazah?" Kata Kuraib. "Aku pergi melihat, dan memang orang telah banyak berkumpul. Lalu ku beritahu kepada 'Abdullah." Tanya 'Abdullah, "Adakah mereka empat puluh orang?" Jawab Kuraib, "Ada!" Kata 'Abdullah, "Keluarkanlah jenazah! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang muslim meninggal dunia, lalu jenazahnya disolatkan oleh empat puluh orang muslim (yang tidak musyrik), maka Allah menerima syafaat mereka terhadap jenazah itu." |