Hadis Sahih Bukhari No. 0900 Jilid 2 Topik adalah Haji 900. Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., bahawasanya dia ditanya orang: "Bagaimanakah caranya Rasulullah saw. mencuci kepalanya padahal beliau sedang ihram?" Abu Ayyub meletakkan tangannya di atas sehelai kain, lalu ia menundukkan kepalanya sehingga jelas kelihatan olehku. Kemudian katanya kepada orang yang akan menyiramkan air, "Nah, siramlah!" Maka disiram orang kepalanya, lalu digosoknya dengan kedua belah tangannya ke muka dan ke belakang. Katanya, "Beginilah saya lihat Nabi saw. melakukannya." |