Hadis Sahih Muslim No. 0897 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 897. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Siapa yang melawat jenazah, kemudian mensolatkannya, maka orang itu dapat pahala satu qirath. Siapa yang melawat sampai menghantarkan jenazah ke pekuburan, maka pahalanya dua qirath." Ditanyakan orang kepada beliau. "Berapakah dua qirath itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Dua qirath itu kira-kira sebesar dua buah gunung yang besar." |