Hadis Sahih Muslim No. 0895 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 895. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu hari Nabi saw. berkhutbah,lalu beliau menyebut nama salah seorang sahabatnya yang telah meninggal dan dikafani dengan kafan yang kurang panjang, serta dikuburkan malam hari. Nabi saw. melarang menguburkan mayat malam hari, supaya dapat disolatkan (oleh jemaah yang lebih ramai), kecuali jika terpaksa. Sabda beliau, "Apabila kamu mengkafani mayat saudara mu, maka kafanilah dengan sebaik-baiknya." |