Hadis Sahih Bukhari No. 0895 Jilid 2 Topik adalah Haji 895. Dari Abdullah r.a., katanya: "Ketika kami sedang berada di sebuah gua di Mina, tiba-tiba turun kepada beliau ayat: "Wal Mursalaat" (Demi segala malaikat yang diutus). Beliau langsung membacanya dan saya pun menerima dari mulut beliau yang basah kerana bacaan itu. Tiba-tiba seekor ular meluncur ke arah kami, lalu beliau bersabda: "Bunuhlah ular itu!" Kami segera akan membunuhnya, tetapi ular itu telah lari. |