Hadis Sahih Muslim No. 0892 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 892. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. dikapani dengan tiga lapis kain putih dari katun, tidak termasuk di dalamnya jubah dan serban. Orang ragu-ragu untuk memakaikan sepasang pakaian yang dibeli untuk kapan beliau, lalu ditinggalkan saja, dan beliau hanya dikapani dengan tiga lapis kain putih dari kapas. Sedang pasang pakaian yang telah disediakan tadi diambil oleh 'Abdullah bin Abu Bakar; katanya akan disimpannya untuk kapannya sendiri. Kemudian kata Abdullah, "Kalau Allah redha untuk kapan NabiNya, tentu telah dikapankan kepadanya." Akhirnya baju itu dijual oleh 'Abdullah, sedang wangnya disedekahkannya. |