Hadis Sahih Bukhari No. 0892 Jilid 2 Topik adalah Haji 892. Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Pada tahun Hudaibiyah, kami pergi bersama-sama dengan Nabi saw. Para sahabat telah ihram sedangkan saya belum. Sementara itu, diberitakan kepada kami, bahawa musuh berada di Ghaiqah, lalu kami menuju ke tempat mereka itu berada. Tiba-tiba teman ku melihat seekor himar (keldai) liar, lalu mereka tertawa bersama-sama. Kerana itu aku menengok dan menampak pula himar itu. Lalu ku pacu kuda ku memburu himar itu, dan ia dapat ku tikam sehingga ia tidak dapat lagi berjalan. Aku minta tolong kepada mereka (untuk mengurusi keldai itu), tetapi mereka enggan menolong. Namun akhirnya, keldai itu kami makan bersama-sama. Sesudah itu akau pergi menyusul Rasulullah saw. dan kami khuatir akan diserbu musuh. Kerana itu kadang-kadang ku pacu kuda ku dan kadang-kadang ku lambatkan. Tengah malam, aku bertemu dengan seorang laki-laki dari Bani Ghiffar. Saya bertanya kepadanya, "Di mana engkau tinggalkan Rasulullah saw"?" Jawabnya, "Saya tinggalkan beliau di Takhin dan beliau bermaksud akan beristirehat di Suq-ya." Aku pergi menyusul Rasulullah saw. sehingga aku dapat bertemu dengan beliau. Ujar ku, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya para sahabat mengirim ku supaya menyampaikan salam, rahmat dan berkat Allah kepada Tuan. Mereka khuatir kalau kalau Tuan diserang musuh dengan tiba-tiba. Kerana itu sebaiknya Tuan tunggulah mereka. Nabi saw. berkenan menunggu mereka. Sementara itu aku berujar kepada beliau, "Ya, Rasulullah! (Dalam perjalanan) kami memburu keldai liar yang lalu dekat kami, dan masih ada sisanya pada kami." Sabda Rasulullah saw., "Silakan kalian makan! Walaupun mereka yang sedang ihram. " |