Hadis Sahih Muslim No. 0888 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 888. Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Nabi saw. masuk ke tempat kami, ketika kami sedang memandikan puteri beliau (Zainab binti Rasulullah saw.). Lalu beliau bersabda: "Mandikan (sampai bersih benar) tiga atau lima kali, atau lebih banyak dari itu sesuai dengan keperluannya, dengan air yang sudah dicampur daun Sidir, dan penghabisannya dengan air kapur. Bila telah selesai beritahulah aku!" Setelah selesai, lalu kami beritahukan kepada beliau. Beliau memberikan kainnya kepada kami, seraya berkata: "Pakaikanlah kain ini sebagai kapannya lapis pertama." |