Hadis Sahih Muslim No. 0886 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 886. Dari Ummu 'Athiyah r.a., katanya: "Ketika ayat: "Yubayi' naka 'ala anla yusyrikna billahi syaian..."(Mumtahanah: 12) turun di dalam perjanjian itu termasuk pula tidak boleh meratap. Kata ku kepada Rasulullah saw., "Kecuali terhadap keluarga si Fulan, ya Rasulullah. Kerana mereka telah menolong ku meratap pada masa jahiliyah. Kerana itu aku harus menolongnya pula meratap. Jawab Rasulullah saw., "Ya, kecuali terhadap keluarga si Fulan." |