Hadis Sahih Muslim No. 0884 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 884. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika berita mengenai matinya Ibnu Haritsah, Ja'far bin Abi Thalib, dan 'Abdullah bin Rawahah sampai kepada Rasulullah saw., beliau duduk dan terlihat tanda kesedihan di wajah beliau. Kata 'Aisyah selanjutnya, "Aku melihat dari celah-celah pintu, seorang lelaki datang kepada beliau seraya berkata: "Ya, Rasulullah! Isteri Ja'far menangis!" Nabi saw. menyuruh orang itu supaya mendiamkannya. Lalu orang itu pergi. Tidak berapa lama kemudian orang datang kembali dan mengatakan kepada beliau, bahawa mereka tidak mahu di diamkan. Nabi menyuruhnya pula kembali, tetapi tidak beberapa lama dia kembali pula seraya berkata: "Demi Allah! Mereka tidak mahu didiamkan dan tidak mengindahkan ku, ya Rasulullah!" 'Aisyah mengira, bahawa Rasulullah menyuruh orang itu pergi dengan mengatakan: Pergilah! Sumbatkan tanah kedalam mulutnya! Maka berkata 'Aisyah kepada orang itu, "Celaka engkau! Demi Allah! Engkau belum melaksanakan dengan baik apa yang diperintahkan Rasulullah saw. kepada mu, sehingga engkau biarkan Rasulullah saw. dalam kesulitan." |