Hadis Sahih Muslim No. 0881 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 881. Dari Hisyam r.a., dari bapanya, katanya: "Diceritakan orang dekat 'Aisyah r.a., riwayat dari Ibnu 'Umar r.a., bahawa Nabi saw. pernah bersabda, bahawa mayat terseksa dalam kuburnya kerana ditangisi keluarganya." Kata 'Aisyah, "Bukan begitu! Sesungguhnya yang diucapkan Nabi itu ialah: Bahwasanya mayat itu diseksa kerana kesalahan atau kerana dosanya. Sedangkan keluarganya menangisinya baru sekarang. Hal itu sama kelirunya dengan ucapan yang mengatakan bahawa Rasulullah saw. pernah berdiri di pinggir sebuah lubang kecil ketika perang Badar, lalu dimasukkan orang ke dalam lubang itu mayat-mayat orang-orang musyrik yang terbunuh, lalu Nabi berkata kepada mereka, bahawa mereka (mayat-mayat) itu mendengar apa yang dikatakan beliau. Hal itu sungguh keliru! Yang benar ialah Nabi mengatakan: "SesunggUhnya mereka itu bakal mengetahui (di akhirat kelak) bahawa apa yang ku katakan kepada mereka (semasa mereka masih hidup) adalah benar!" Kemudian 'Aisyah membaca ayat: 'Innaka la tusmi'ul mauta...(Naml : 80) "Wama anta bi musmi'in man fil' qubur..."(Fathir : 22). |