Hadis Sahih Muslim No. 0880 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 880. Dari Hisyam bin 'Urwah, dari bapanya, katanya: "Diceritakan orang dekat 'Aisyah perkataan Ibnu 'Umar mengenai mayat terseksa kerana ditangisi keluarganya. Maka berkata 'Aisyah: Semoga Allah selalu memberi rahmat kepada Abu Abdurrahman (maksudnya 'Umar). Dia mendengar hadis dari Rasulullah saw., tetapi tidak dihafalnya dengan baik. Peristiwanya begini: Pada suatu ketika lalu di hadapan Nabi saw. jenazah orang Yahudi, ditangisi oleh keluarganya. Maka bersabda Rasulullah saw., "Kamu tangisi dia, sedangkan dia terseksa kerana tangismu itu." |