Hadis Sahih Muslim No. 0878 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 878. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Ketika Khalifah 'Umar dapat mushibah (ditikam orang). Shuhaib datang ke rumahnya. Sampai di sana ia berdiri dekat 'Umar sambil menangis. Kata 'Umar, "Kenapa anda menangis. Apakah anda menangisi ku?" Jawab Shuhaib, "Ya, demi Allah! Aku menangisi anda, hai Amirul Mukminin." Kata 'Umar, "Demi Allah! Aku ingat bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Siapa yang diratapi, diseksa (dalam kuburnya)." Kemudian, ucapan 'Umar itu ku sampaikan kepada Musa bin Thalhah. Kata Musa, "Aisyah mengatakan, bahawa (orang-orang yang dimaksud Nabi dalam hadis itu) ialah orang~rang Yahudi." |