Hadis Sahih Bukhari No. 0876 Jilid 2 Topik adalah Haji 876. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. berkhutbah pada hari Nahar, sabdanya: "Saudara-saudara sekalian! Hari apakah ini?" Orang banyak menjawab, "Hari haram (suci)." Sabda Nabi, "Negeri apakah ini?" Jawab mereka, "Negeri haram (suci)." Sabda Nabi, "Bulan apakah ini?" Jawab mereka, "Bulan haram (suci)." Sabda Nabi, Sesungguhnya darahmu, harta mu dan kehormatanmu haram antara sesamamu sebagaimana haramnya hari kamu ini." Kata-kata itu berulang-ulang diucapkan oleh beliau. Kemudian beliau mengangkat kepalanya, lalu bersabda, "O, Allah! Sesungguhnya telah aku sampaikan." Kata Ibnu Abbas, "Demi Allah yang diri ku dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya khutbah beliau itu adalah merupakan wasiat bagi seluruh umatnya. (Nabi saw. meneruskan), "Maka kerana itu, hendaklah yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Dan janganlah kamu menjadi kafir kembali, sesudahku, di mana kamu berkelahi sesamamu." |