Hadis Sahih Muslim No. 0874 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 874. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendatangi seorang wanita yang sedang menangisi bayinya yang telah meninggal. Lalu beliau bersabda kepadanya: "Taqwalah kepada Allah dan sabarlah anda." Jawab wanita itu, "Anda tidak merasakan bagaimana pedihnya mushibah yang ku derita ini." Setelah beliau berlalu, dikatakan orang kepada wanita itu bahawa yang bicara kepadanya itu adalah Rasulullah saw. Mendengar hal itu, wanita tersebut setengah mati (ketakutan), lalu dia pergi menemui Rasulullah saw. Didapatinya pintu rumah beliau tidak dijaga (dikawal), lalu dia masuk. Katanya, "Tadi aku tidak mengenal anda, ya Rasulullah (Maafkanlah aku!)." Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya kesabaran yang sempurna ialah pada pukulan pertama." |