Hadis Sahih Muslim No. 0870 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 870. Dari Usamah bin Zaid r.a, katanya: "Pada suatu hari, ketika kami sedang berada dekat Nabi saw., tiba-tiba datang seorang suruhan dari puteri Rasulullah saw. (Zainab binti Muhammad saw.) meminta Nabi saw. datang dan mengabarkan kepada beliau bahawa anak puterinya itu (cucu Nabi saw.) meninggal. Rasulullah berpesan kepada suruhan itu, sabdanya : "Pulanglah kamu, sampaikan kepadanya (Zainab) bahawasanya kepunyaan Allah jualah yang telah diambil dan diberikan-Nya. Segala-galanya telah ditetapkan Allah ajalnya. Kerana itu suruhlah dia bersabar dan menahan diri. Tidak berapa lama kemudian suruhan itu datang pula kembali seraya berkata, "Dia (Zainab) sangat mengharapkan benar semoga Rasulullah saw. sudi menjenguknya." Maka pergilah beliau beserta para sahabatnya, antara lain: Sa'ad bin Ubadah dan Mu'adz bin Jabal, serta aku sendiri, ikut pula bersama-sama mereka. Sesampai di tempat kematian (rumah Zainab), diberikan orang kepada beliau jenazah cucunya itu. Nafas beliau jadi deras tersendat-sendat seperti orang kepayahan, dan air mata beliau meleleh kerana menangis. Bertanya Sa'ad kepada beliau, "Mengapa ini, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Ini adalah rahmat yang dijadikan Allah dalam hati setiap hamba-Nya yang pengasih." |