Hadis Sahih Bukhari No. 0870 Jilid 2 Topik adalah Haji 870. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Kami berangkat bersama-sama dengan Nabi saw., pada 25 Dzul Qaidah, dan tiada ada tujuan kami selain hanya untuk mengerjakan Haji. Ketika kami hampir tiba di Mekah, Rasulullah saw. memerintahkan kepada orang yang tidak membawa had-ya supaya halal sudah tawaf dan saai antara Safa dan Marwah. Kata 'Aisyah, pada hari Nahar ada orang membawa daging lembu kepada kami, lalu saya tanyakan, "Apakah ini?" Jawab orang itu, "Rasulullah saw. berkorban untuk para isteri beliau." |