Hadis Sahih Muslim No. 0867 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 867. Dari Ummu Salamah r.a., katanya: "Ketika Abu Salamah meninggal, Rasulullah saw. datang ke rumah kami menengok jenazahnya. Kebetulan matanya terbeliak, lalu ditutupkan oleh beliau. Kemudian beliau bersabda: "Apabila ruh telah dicabut, maka penglihatan (orang yang dicabut ruhnya) mengikuti ruh itu (pergi), dan keluarganya meratap histeris. Sekali-kali jangan mendoakan jenazah (saudara)mu, melainkan doakanlah dengan doa yang baik, kerana sesungguhnya malaikat mengaminkan doa mu itu. Kemudian beliau membaca doa: "Allahummaghfir li Abi Salamah, warfa' darajatahu fil muhdiyyina, wakhlufhu fi 'aqbihi, fil ghabirina, waghfir lana wa lahu ya rabbal 'alamina, wafsah lahu fi qabrihi wa nawwir lahu jihi." |