Hadis Sahih Muslim No. 0866 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 866. Dari Ummu Salamah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu menengok orang sakit atau orang meninggal, maka ucapkanlah ucapan (doa) yang baik, kerana malaikat mengaminkan ucapan kamu itu." Selanjutnya Ummu Salamah bercerita, "Ketika Abu Salamah meninggal, aku datang kepada Rasulullah saw. mengkhabarkannya. Kata ku: "Ya, Rasulullah! Abu Salamah telah meninggal." Jawab Rasulullah saw., "Mendoalah : "Allahummaghfirli walahu, wa a'qibni minhu 'uqba hasanatan." Apa yang diajarkan Rasulullah itu ku lakukan sebaik-baiknya. Tidak berapa lama kemudian, Allah menukarnya dengan orang yang paling baik bagi ku, iaitu Muhammad saw. sendiri." |