Hadis Sahih Bukhari No. 0865 Jilid 2 Topik adalah Haji 865. Dati Ibnu Umar r.a., katanya:"Rasulullah saw. menggabungkan niat 'Umrah dan Haji ketika beliau melakukan Haji Wada', dan beliau membawa korban dengan had-ya yang dibawanya dari Zulhulaifah. Mula-mula beliau ihram untuk Umrah dan setelah itu ihram untuk Haji. Orang banyak pun turut pula mengabungkannya, sama seperti Rasulullah melakukan Umrah dan Haji. Di antara mereka ada yang membawa had-ya dan ada pula yang tidak membawanya. Setibanya di Mekah. beliau bersabda kepada orang banyak, "Barangsiapa di antara kamu yang menyediakan had-ya, belum boleh ia halal, sebelum ia selesai mengerjakan Haji. Siapa yang tidak menyediakan had-ya, hendaklah ia tawaf di Kaabah dan saei antara Safa dan Marwah, terus menggunting rambut, lalu halal, dan setelah itu ihram untuk Haji. Siapa yang tidak menyanggupi had-ya, puasalah tiga hari waktu dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya. Ketika beliau tiba di Mekah, beliau melakukan tawaf (qudum). Lebih dahulu beliau menyentuh sudut, kemudian berlari tiga keliling dan berjalan empat keliling. Setelah selesai tawaf keliling Kaabah, lalu beliau solat di belakang Maqam. Setelah memberi salam beliau terus menuju Safa. lalu saei tujuh kali antara Safa dan Marwah. Beliau belum halal sebelum selesai mengerjakan Haji dan menyembelih korban pada hari Nahar dan tawaf ifadhah keliling Kaabah. Setelah semuanya itu selesai, barulah beliau halal dari semua yang tadinya haram. Maka dikerjakan lah seperti yang dilakukan Rasulullah itu, oleh siapa yang sanggup membayar had-ya, telah menyiapkan dan menghalaunya di antara orang banyak." |