Hadis Sahih Muslim No. 0863 Jilid 2 Topik adalah Solat 863. Dari Abdurrahman bin Samurah r.a., katanya; "Pada suatu waktu di masa Rasulullah, ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu ku lemparkan semua alat permainanku itu. Fikirku, "Aku hendak menengok apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah saw. bila terjadi gerhana matahari seperti itu." Setelah aku sampai ke tempat beliau, ku dapati beliau sedang mengangkat tangan, medoa, takbir, tahmid dan tahlil sampai matahari terang kembali, membaca dua surah dan solat dua rakaat." |