Hadis Sahih Muslim No. 0853 Jilid 2 Topik adalah Solat 853. Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Bila angin bertiup kencang, maka Rasulullah saw. membaca doa sebagai berikut: 'Allahumma inni as-aluka khairaha wa khaira ma fiha, wa khaira ma ursilat bihi. Wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma fiha, wa syarri ma ursilat bihi'. Dan apabila langit telah mendung dan warnanya berubah (hitam pekat disertai kilat dan guntur), beliau kelihatan gelisah, sehingga beliau keluar masuk ke muka dan ke belakang. Tetapi bila hujan telah turun, beliau gembira, kerananya, dan kelihatan di wajah beliau. Kerana itu aku bertanya kepada beliau, kenapa dia sampai begitu. Jawab beliau, "Mungkin, hai 'Aisyah, seperti apa yang dikatakan mengenai kaum 'Ad: Setelah mereka melihat awan itu membentang menuju ke lembah-lembah mereka lalu berkata : Inilah awan-awan itu datang hendak menurunkan hujan bagi kita ..." (Ahqaf: 24) |