Hadis Sahih Bukhari No. 0852 Jilid 2 Topik adalah Haji 852. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Nabi saw. dan para sahabat beliau ihram untuk haji, dan tiada seorang pun di antara mereka yang membawa hadya selain Nabi saw. dan Thalhah. Dan Ali tiba dari Yaman membawa Hadya, lalu dia berkata, "Saya ihram sebagaimana ihramnya Nabi saw." Nabi saw. memerintahkan supaya menjadikannya umrah. Dan mereka tawaf kemudian menggunting rambut dan terus halal kecuali orang yang membawa hadya. Kata mereka, "Kami terus ke Mina. Dan salah seorang kami mengatakan bahawa dia menitis. Berita itu segera sampai kepada Nabi saw. Sabda beliau, "Andai kata saya tahu yang akan terjadi sekarang, tiadalah aku akan membawa hadya. Sekiranya aku tidak membawa hadya, nescaya aku halal." |