Hadis Sahih Muslim No. 0851 Jilid 2 Topik adalah Solat 851. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu hari di hari Jumaat, seorang lelaki masuk ke masjid dari sebuah pintu di sebelah Darul Qadha. Orang itu langsung berhadapan dengan Rasulullah yang sedang berkhutbah, lalu dia berkata: Ya, Rasulullah! Telah musnah segala harta benda dan penghidupan menjadi sulit. Kerana itu mohonlah kepada Allah, semoga Dia menurunkan hujan bagi kita. Rasulullah saw. mengangkat kedua tangannya, lalu beliau mendoa: "Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna" Kata Anas, "Demi Allah! Ketika itu tidak sedikit juga terlihat oleh kami awan atau mendung di langit, atau di sekitar antara tempat kami dengan pegunungan, selain rumah-rumah dan perkampungan. Tetapi tidak berapa lama kemudian, kelihatan lah awan tebal muncul dari balik gunung bagaikan perisai. Ketika awan itu sampai di tengah langit, dia berkembang luas dan kemudian turunlah hujan." Kata Anas selanjutnya, "Demi Allah! Semenjak itu kami tidak melihat matahari selama seminggu. Jumaat berikutnya, seorang lelaki masuk pula ke masjid dari pintu yang sama, dan langsung menuju kepada Rasulullah saw. yang sedang berkhutbah. Lelaki itu berkata, "Telah musnah segala harta benda, dan terputus semua jalan (perhubungan). Kerana itu mohonlah kepada Allah, semoga Dia berkenan menghentikan hujan turun di atas kita." Rasulullah mengangkat kedua tangannya, lalu beliau mendoa: 'Allahumma hawlana wala 'alaina. Allahumma 'alal akami wazh zhirabi wa buthunil awdiyati wa manabitisy syajari." Maka redalah hujan, dan semenjak itu kami dapat keluar dan berjalan di bawah cahaya matahari. Tanya Syuraik, "Apakah lelaki itu orang yang menghadap Rasulullah saw. pada hari Jumaat yang lalu juga?" Jawab Anas, "Itu aku tidak tahu." |