Hadis Sahih Muslim No. 0843 Jilid 2 Topik adalah Solat 843. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. masuk ke rumah ku, dan ketika itu dua gadis sedang menyanyikan nyanyian perang Bu'ats dalam rumah. Lalu beliau berbaring di tilam dengan memalingkan mukanya. Tiba-tiba Abu Bakar masuk, lalu dia membentak ku sambil berkata: "Sejak bila ada seruling syaitan di rumah Rasulullah saw"?" Mendengar itu Rasulullah saw. mendatangi Abu Bakar, lalu beliau berkata, "Biarkanlah mereka!" Setelah Abu Bakar melengah, aku mengerling kedua gadis itu supaya mereka keluar, dan segera diikutinya. Hari itu adalah hari raya, di mana orang-orang Sudan mempertunjukkan permainan mereka dengan mempergunakan perisai dan tombak. Mungkin ketika itu aku yang meminta kepada Rasulullah, atau mungkin juga beliau yang bertanya kepada ku, apakah aku ingin menonton pertunjukan itu atau tidak. Jawab ku, "Ya, ingin!" Kerana itu beliau menyuruh ku berdiri di belakangnya, sedangkan pipi ku dekat ke pipi beliau. Beliau turut mengelu-ngelukan, katanya: "Terus! Hai Bani Arqadah!" Setelah aku merasa puas, beliau bertanya, "Sudah cukup?" Jawab ku, "Sudah!" Kata beliau, "Nah, pergilah!" |