Hadis Sahih Muslim No. 0841 Jilid 2 Topik adalah Solat 841. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada suatu hari di hari Mina ('Idul Adha), Abu Bakar ke rumahku, sedangkan di rumah ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi dan memukul gendang. Dan Rasulullah saw. sedang berselimut dengan kainnya. Lalu Abu Bakar membentak kedua penyanyi itu. Kerana itu Rasulullah menyingkapkan selimutnya sambil berkata: "Biarkanlah mereka, hai Abu Bakar! Bukankah hari ini hari raya?" |