Hadis Sahih Muslim No. 0834 Jilid 2 Topik adalah Solat 834. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Aku menyaksikan Rasulullah saw., beliau solat lebih dahulu sebelum berkhutbah hari raya. Kemudian beliau tahu bahawa suara beliau tidak sampai (kedengaran) kepada kaum wanita. Lalu beliau mendatangi mereka, memberi mereka peringatan dan pengajaran, serta menyuruh mereka bersedekah, sedangkan Bilal membentangkan kainnya dan para wanita menyerahkan cincin, kalung dan perhiasan-perhiasan lainnya dengan meletakkannya ke kain Bilal itu." |