Hadis Sahih Bukhari No. 0833 Jilid 2 Topik adalah Haji 833. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. dan para sahabatnya tiba di Mekah, orang musyrik berkata: Dia telah datang kepada mu, keadaan mereka telah lemah kerana penyakit Yatsrib. (Mendengar ucapan mereka itu), Nabi memerintahkan para sahabatnya supaya mereka berlari tiga keliling ketika tawaf, dan berjalan antara dua sudut. Beliau tidak memerintahkan supaya berlari keseluruhannya, hanya semata-mata kerana kasihan terhadap mereka." |