Hadis Sahih Bukhari No. 0832 Jilid 2 Topik adalah Haji 832. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya, "Ketika Rasulullah saw. mula-mula tiba di Mekah, beliau enggan hendak masuk Kaabah kerana di dalamnya banyak patung. Beliau memerintahkan supaya mengeluarkan patung-patung itu dari dalam, maka dikeluarkan mereka semuanya termasuk patung Nabi Ibrahim dan Ismail sedang memegang azlam. (Melihat itu) Rasulullah saw. bersabda: "Terkutuklah mereka (yang membuat patung itu)! Demi Allah! Sesungguhnya mereka tahu bahawa keduanya tidak pernah melakukan undian dengan azlam, sekali-kali tidak." Kemudian beliau masuk ke dalam Kaabah, lalu takbir di setiap penjuru dan beliau tidak solat ketika itu didalamnya." |