Hadis Sahih Muslim No. 0827 Jilid 2 Topik adalah Solat 827. Dari Ibnu Abu Rafi' r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Khalifah Marwan pernah meminta Abu Hurairah supaya menggantikannya di Madinah, sementara Marwan pergi ke Mekah. Maka pada suatu hari Jumaat, Abu Hurairah mengimami kami solat Jumaat. Dia membaca surah Jumaah pada rakaat pertama, dan surah Munafiqun pada rakaat kedua. Setelah selesai solat, ku temui Abu Hurairah lalu ku katakan kepadanya: Kedua surah yang anda baca tadi pernah dibaca oleh Ali bin Abi Thalib ketika dia berada di Kufah. Jawab Abu Hurairah, "Aku pernah mendengar Rasulullah saw. membacanya dalam solat Jumaat." |