Hadis Sahih Muslim No. 0826 Jilid 2 Topik adalah Solat 826. Dari Abu Rifa'ah r.a., katanya: "Aku tiba di tempat Rasulullah saw. berada, ketika beliau sedang berkhutbah. Lalu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Aku seorang asing, sengaja datang hendak bertanya kepada anda perihal agama yang aku belum tahu, apakah agama itu?" Rasulullah saw. mendatangi ku dan memutuskan khutbahnya. Ketika beliau telah sampai ke dekatku, diberikan orang sebuah kerusi, yang seingatku kakinya terbuat dari besi, untuk tempat duduk beliau. Rasulullah saw. duduk di kerusi itu, lalu beliau ajarkan kepada ku perihal agama yang telah diajarkan Allah kepada beliau. Sesudah itu beliau meneruskan khutbahnya hingga selesai." |