Hadis Sahih Bukhari No. 0825 Jilid 2 Topik adalah Haji 825. Dari Abu Hurairah r.a., katanya. "Pada suatu pagi di hari Nahr ketika Nabi saw. sedang berada di Mina, beliau bersabda, "Besok kita berhenti di kampung Bani Kinanah, yakni Muhassab, di mana penduduknya telah bersumpah atas kekafiran." Kejadiannya ialah, suku Quraisy dan Kinanah mengadakan sumpah dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib atau (disebut) Bani Muthalib, bahawa antara mereka tidak boleh kahwin mengahwini dan tidak pula berjual-beli, sehingga mereka (Bani Hasyim dan Muthalib) menyerahkan Nabi saw. kepada mereka (Quraisy)." |