Hadis Sahih Bukhari No. 0823 Jilid 2 Topik adalah Haji 823. Dari' Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Wahai, 'Aisyah! Kalau bukanlah kerana kaum engkau masih dalam masa peralihan dari zaman jahiliyah, akan ku perintahkan mereka memperbaiki Kaabah, apa-apa yang sekarang berada di luar, dan akan ku rendahkan pintunya sampai ke tanah. Juga akan ku buat dua buah pintu, sebuah di sebelah Timur dan sebuah lagi di sebelah Barat. Dengan begitu aku telah menuruti pula dasar Nabi Ibrahim 'alaihis salam." |