Hadis Sahih Muslim No. 0822 Jilid 2 Topik adalah Solat 822. Dari Abu Wa'il r.a., katanya : Ammar pernah berkhutbah (Jumaat) di hadapan kami, singkat tetapi padat. Ketika dia sudah turun dari mimbar, kami berkata kepadanya, "Hai, Abu Yaqzhan! Khutbah anda singkat dan padat. Alangkah baiknya kalau anda panjangkan sedikit lagi." Jawab 'Ammar, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya siapa yang lama solatnya, pendek khutbahnya, menandakan bahawa orang itu faham tentang agamanya. Kerana itu panjangkanlah solat dan pendekkan khutbah, kerana sebahagian dari khutbah itu adalah sihir (sugesti)." |