Hadis Sahih Bukhari No. 0822 Jilid 2 Topik adalah Haji 822. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya kepada Nabi saw. tentang dinding (tembok dekat) Kaabah, apakah tembok itu termasuk bahagian Kaabah?" Jawab beliau, "Ya!" Aku bertanya lagi, "Apa sebabnya tidak mereka masukkan saja ke dalam bangunan Kaabah?" Jawab beliau, "Kaum engkau kekurangan biaya." Tanya ku, "Apa sebabnya pintunya ditinggikan?" Jawab beliau, "Kaum engkau membuat seperti itu untuk memudahkan mereka meneliti siapa orang yang dibolehkannya masuk dan siapa yang tidak diingini mereka. Kalaulah bukan kerana kaum engkau dalam masa peralihan dari zaman jahiliyah, maka aku khuatir kalau-kalau hati mereka akan membangkang, kalaulah bukan kerana hal itu, nescaya pagar itu ku masukkan ke dalam bahagian Kaabah dan pintunya aku rendahkan sama rata dengan bumi." |