Hadis Sahih Muslim No. 0821 Jilid 2 Topik adalah Solat 821. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Dhimad pernah datang ke Mekah. Dia berasal dari Azdi Syanu-ah, dan dia pandai mantera mengubati orang gila. Maka pada suatu hari dia mendengar orang-orang bodoh penduduk Mekah mengatakan bahawa Muhammad itu gila. Kata Dhimad, "Andai kata orang ini berhadapan dengan ku, mudah-mudahan Allah menyembuhkannya dengan manteraku. Kerana itu dia menemui Nabi Muhammad saw. lalu katanya kepada beliau: "Aku akan memanterai engkau dari penyakitmu ini. Sesungguhnya Allah menyembuhkan siapa yang dikehendakiNya dengan manteraku, mahukah engkau?" Jawab Rasulullah saw.: "Innal hamda lilklhi, nahmaduhu wa nast'inuhu, manyahdihillizhu fakl mudhilla klhu. waman yudhlil fakl hadiya lahu. Wa asyhadu anui iklhO. ; illal.lizhu wahdahu kl syarikizlohu wa anna Muhamntodan 'abduhu wa Ramluhu.' Aroma ba'du. Dhimad berkata, "Ulanglah kembali bagi ku kata-kata anda itu semuanya." Nabi saw. mengulang kata-katanya itu kembali sampai tiga kali. Kata Dhimad, "Aku pernah mendengar kata-kata tukang tenung, kata-kata tukang sihir, kata-kata tukang sya'ir, tetapi belum pernah mendengar kata-kata seperti yang anda ucapkan itu. Aku juga pernah mengarungi lautan. Berikanlah tangan anda kepada ku, aku akan bersumpah setia dengan anda, untuk memeluk agama Islam." Lalu orang itu bersumpah setia dengan Nabi saw. Sabda Rasulullah saw., "Dan untuk kaum anda juga?" Jawab Dhimad, "Ya, untuk kaum ku juga." Tiada berapa lama kemudian, Rasulullah saw. mengirim satu pasukan melalui kampung Dhimad itu. Lalu komandan pasukan bertanya kepada para parajuritnya, "Adakah kalian mengambil sesuatu dari kampung itu?" Jawab seseorang, "Ada. Saya mengambil timba mereka." Perintah komandan, "Kembalikan! Kaum ini adalah kaumnya Dhimad." Memanjangkan solat, memendekkan khutbah. |