Hadis Sahih Muslim No. 0817 Jilid 2 Topik adalah Solat 817. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sedang berdiri mengucapkan khutbah Jumaat. Tiba-tiba tiba suatu kafilah dari Syam; maka jemaah berlarian menyambut kedatangan kafilah itu, sehingga yang tinggal di masjid hanya dua belas orang saja lagi. Kerana itu maka turunlah ayat: "Wa idz,ra-au tijaratan au lahwanin fadhdhu ilaiha wa tarakuka qaima "(Al Jumuah: 11) |