Hadis Sahih Bukhari No. 0817 Jilid 2 Topik adalah Haji 817. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Bahawasanya dia pernah pergi haji bersama-sama dengan Rasulullah saw. ketika beliau membawa unta untuk had-ya. Orang banyak ihram untuk haji ifrad. Sabda Nabi saw. kepada mereka, "Hendaklah kamu halal dari ihrammu dengan tawaf keliling Kaabah, saai antara Safa dan Marwah dan potonglah rambutmu. Kemudian tetaplah halal sampai hari Tarwiyah, dan ihramlah untuk haji, serta jadikanlah apa yang telah kamu kerjakan itu sebagai mutaah." Kata mereka, "Bagaimana caranya kami menjadikannya mutaah, padahal kami telah menamakannya haji?" Sabda Nabi saw., "Laksanakanlah apa yang aku perintahkan kepada mu. Kalaulah aku tidak membawa had-ya, akan ku lakukan seperti apa yang aku perintahkan kepada mu itu. Apa yang tadinya dilarang daripada ku, belum halal bagi ku sebelum had-nya sampai ke tempatnya." Setelah itu, mereka melaksanakan (apa yang diperintahkan Nabi saw. kepada mereka). |