Hadis Sahih Bukhari No. 0810 Jilid 2 Topik adalah Haji 810. Dari Mujahid r.a., katanya: "Pada suatu ketika kami berada di dekat lbnu Abbas, dan orang banyak berbicara mengenai Dajjal; di antara mereka ada yang mengatakan bahawa dia akan datang dengan kata-kata "kafir" tertulis antara kedua mata-matanya. Kata Ibnu Abbas, "Aku tidak pernah mendengarnya dari Nabi saw., tetapi aku pernah mendengar beliau bersabda, "Seolah-olah aku sedang melihat Musa sekarang, dia menuruni lembah sambil sentiasa mengucapkan talbiyah." |